Cara Pendekatan Dalam Mengurus Bilik Darjah


Nama : Nor Nasharina Najwien Bt Tajul Arif
No.Martrik : D20201095367
Kumpulan : 4
Kelas :KPS3014 (N)

Cara pendekatan dalam Pengurusan Bilik Darjah

Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran yang Positif. 




  • Persekitaran pembelajaran yang positif sangat penting bagi kanak-kanak tidak kira sama ada di rumah mahupun sekolah.  Persekitaran yang positif bukan sahaja tertumpu kepada keadaan fizikalnya, tetapi juga bagaimana kanak-kanak menyesuaikan diri mereka dalam satu-satu keadaan.


  • Persekitaran yang positif di dalam kelas dapat di wujudkan  daripada hubungan baik antara guru dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar. 


  • Seperti yang kita tahu bahawa bilik darjah adalah satu sistem sosial di mana pengajaran berlaku dalam bentuk kumpulan mahupun individu. Di sini tingkah laku pelajar dalam kumpulan sangat memberi kesan positif mahupun negatif dalam pembelajaran seorang pelajar. 


  • Sebagai contoh : terdapat ke tidak fahaman di dalam sebuah kumpulan dalam menyiapkan tugasan dapat membina persekitaran yang negatif.


  • Atau murid yang faham tentang mata pelajaran memberi tunjuk ajar kepada rakan rakan lain supaya tiada antara mereka yang ketinggalan.  Ini akan memberi impak positif. 


  • Guru-guru haruslah mencari cara agar kelas mereka menjadi tempat yang positif untuk para pelajar belajar.


Cara-cara mewujudkan persekitaran kelas yang positif



    1. Buat peraturan dan pastikan tiada gangguan. Kanak-kanak perlu tahu bahawa terdapat peraturan tertentu yang perlu dipatuhi ketika sesi pembelajaran supaya mereka dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika belajar.


    1. Pastikan keselesaan ruang belajar. Guru harus memastikan semua kelengkapan bilik darjah mencukupi sebelum bermulanya kelas. 


    1. Pastikan keselamatan dan kesihatan pelajar. Bilik darjah haruslah jauh dari kata bahaya dan sekelilingnya haruslah nyaman dan bersih. 


    1. Kanak-kanak turut terlibat untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik. Ini termasuklah mempamerkan karya mahupun lukisan mereka di dinding kelas. Keadaan ini mampu membuatkan persekitaran pembelajaran mereka lebih selesa dan menarik


    1. Memberi sokongan, pujian dan tindak balas positif kepada kanak-kanak. Adalah penting bagi ibu bapa dan guru untuk memberi semangat dan maklum balas positif kepada anak-anak mereka. Dengan ini, kanak-kanak berasa lebih bersemangat untuk belajar, meneroka perkara-perkara baru selain belajar daripada kesilapan.


    1. Tetapkan peraturan dan berdisiplin. Menetapkan sesuatu peraturan ketika sesi pembelajaran mahupun aktiviti permainan adalah penting. Ini kerana kelakuan yang tidak berdisiplin atau tidak mendengar arahan turut memberi kesan kepada keseluruhan kelas.

Comments

Popular posts from this blog

Perkara yang perlu diambil kira dalam menguruskan bilik darjah.

Ahli kumpulan 4